Posts

Itu Biasa

Kelukaan ini mengajar kita erti kuat… Membawa kita kepada suatu jalan.. Membawa kita kepada beberapa penyelesaian… Bagaimana bisa ia dilanjutkan? Andai ia lebih banyak mengundang kesakitan… Rasa ini sebenarnya berkecamuk… Meminta kefahaman… Meminta penerangan… Pada akhirnya…. Selamat Tinggal Perasaan… Sedikit masa ku perlukan untuk mencari sedikit keyakinan… Tuhan beri kami kekuatan… Kita berkeputusan dan kita menyesal…Itu biasa :P

KALAU TUHAN KITA KENALI with Lyric (mawaddah)

Image
Kalau Tuhan Dikenali Kalau Tuhan kita kenali Kasih sayang dan peranan-Nya Kalau Tuhan kita fahami Keagungan dan kekuasaan-Nya Kalau Tuhan kita rasakan Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya Kalau Tuhan dikenali Cintailah Tuhan Dia adalah segalanya Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal Cintakan selain Tuhan, cinta murahan Kalau Tuhan kita kenali Dialah segala-galanya Kalau Tuhan kita fahami Dialah Pengurus seluruh keperluan kita Kalaulah kita faham Tuhan ini siapa sebenarnya Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya Cintakan Tuhan cinta yang abadi

Di sini Lahirnya Sebuah Cinta | Merdeka 57

Image
Pelahiran cinta yang cukup sempurna... cinta pada malaysia cinta pada nusa mengenang semangat juang wira merdeka meneruskan semangat merdeka mevariasi keagungan sejarah bangsa menzahir cinta pertiwi Malaysia...di sini lahirnya sebuah cinta... tetap di hati :)

Cinta Aku umpama Buger

Image
Kebiasaan harian... Bila hidup sendiri... Tanpa emak... Kebiasaan selepas kerja aku akan beli buger... "double hotdog egg" cuma Rm 2.40...sedaap...dah kenal en yang jual buger tu ngan aku:) Cuma bila selalu makan buger...aku jadi sering teringatkan emak... Emak mesti beli buger semasa dia berangkat kerja ke kilang... Mak kerja 12 jam... Selama hampir 10 tahun... Mak kerja malam... Sian emak... Apa alasan untuk aku mengabaikannya dan tidak membalas jasanya? dapnyaaaa!!!! Mak... Cinta ku padamu umpama buger... Dicari setiap masa... Penuh variasi rasa... Nutrisinya sempurna... Bentuknya bersahaja.. Sedap dan sederhana :)

Tanda rindu

Image
Suatu hal yang menandakan seseorang masuk ke dalam mimpi kita adalah seseorang itu merindui kita.... mimpi semalam membuatku sesak dalam lena... Wahai tuhan yang maha mendengar... aku tahu kau mendengar walau tanpa aku meminta untuk kau mendengar... wahai tuhan yang maha mengerahui segalanya... aku tahu perancanganMu adalah yang terbaik untuk kami... kuatkan kami untuk setiap dugaan ini... hikmahkan semua dugaan ini dengan hikmah yang mamberi manfaat kepada hidup kami...

Anak Bangsa 1Malaysia

Penyanyi : kamarul ariffin aku bercita-cita membawa lagu ni dalam versi lain. versi aku sendiri. aku suka lagu jenis begini. indah :) Lahirmu anak bangsa 1Malaysia di pintu saujana luas di ambang bingit sebuah kota di sisi desa merendang 1Malaysia adalah keringat yang harus bangkit sebelum rembang yang harus terbang menggapai awan yang harus berlari di denai zaman C/o Ayuh satukan keringat bangsa kita anyam pelangi zaman mendakap mimpi menjadi hasrat memungkinkan kapas impian bisa terbang kukuh menjadi wawasan lahirmu anak bangsa 1Malaysia di hujung beranda kejayaan di penjuru ruang kedewasaan di akhirmu 1Malaysia sebuah nusa tercinta sebuah amanat dijulang jaya lagu ciptaan cikgu azieman SMKtd2

Keterlaluankah aku

ku menyatakan hasrat ingin bertemu... kau membuat muka tidak tahu lantas berlalu... suatu hari aku ingin lagi bertemumu... kau pura-pura bisu... tidak memandangku... buat-buat keliru... seakan-akan tidak mengenaliku. hari ini kau kata ingin bertemuku... kau menyatakan yang kau ingin sesuatu... sangat-sangat kau perlu,pertolongan dariku... katamu soal hidup dan matimu... dan...          Aku                  adakah perlu                  aku buat tak tahu..                  Lantas berlalu                  dan aku pura-pura bisu...               ...