Posts

DOA BUATMU

Layangan catatan ini tidaklah terlalu istimewa tiada keindahan biasa saja. Di sini ramai mereka yang malam tadi entah lena entah berjaga belajar demi masa depan diinginnya memerah otak bersengkang mata. Mereka ini dengan harapan besar berjaya di sini dan di luar sana menggalas beban harapan ibu bapa melihat mereka menjadi insan berguna manusia dipandang mulia. Menuju itu memang tiada mudahnya perlu korban jiwa sebesarnya azam dan tekad usah bersahaja restu dan redha diharap sentiasa. Inilah cerita anak didikku selalu tekun menyantuni ilmu semoga berjaya hidupmu dalam SPM yang bakal kau temu tuhan berkati hidupmu itu doaku selalu terlalu selalu.                                                      ...

CINTAMU

Aku berlari pantas di sebuah taman yang begitu luas yang di dalam taman itu aku pernah melihat bayangmu Sepanjang larian ini aku terlihat hijaunya rumput indahnya kembang bunga putihnya awan pagi namun semuanya tak mampu ternikmati. dalam samar, terlihatku bayangmu mendekat namun semakin kabur cuba ku gapai tubuhmu bersama harapan yang hancur lebur dalam taman itu ku selusur syukur aku belum tersungkur dari cintamu yang kian luntur.                                                    khs JPII (071016)

Wira Belum Terdendang : Pak Tani

Sajak ini terhasil dengan spontan, tatkala aku sedang mengajar KOMSAS tingkatan 4. Aku pada hari tersebut sedang mengajar sajak Sang Gembala Kuda. Pelajar bertanya kepada aku maksud perkataan jerami. Aku memulakan sesi menjawab soalan tersebut dengan cara soalan juga. Aku : Siapa pernah melihat nasi atau nasi ayam? sila angkat tangan. Seluruh pelajar dalam kelas tersebut mengangkat tangan dengan keadaan sangat riuh. Aku : siapa pernah tengok beras? Hampir semua mengangkat tangan.. sambil menertawakan kawan yang tidak melihat beras. Terdapat sedikit bilangan pelajar yang tidak angkat tangan...Memang ada yang tidak pernah melihat beras (kurang cakna mungkin) Aku : Siapa pernah tengok padi? yang berwarna emas sebelum menjadi beras. kurang 5 orang yang angkat tangan... (mulai diam) Aku : siapa pernah tengok pokok padi, cara ia di tanam, dituai dan melihat sawah? Pelajar diam, bertanya pokonya macam mana? ada batang? mcm pokok kelapa? semua tidak tahu. Aku : sed...

Diari : Cikgu dan Kamu (Untuk Persaraan Cikgu Nazrah )

Jejaka Pendiam II · Monday, 18 January 2016 Oleh : Jejaka Pendiam II SMK KUCHING HIGH  Waktu mengalir seperti air bergulir tak pernah berhenti menghanyut hayat ke suatu destinasi. Aku seorang Arkitek manusia kau panggil aku cikgu saban waktu ucap selamat darimu menusuk tangkai kalbu mewarnai cerah hariku menghias indah hidupku menerbitkan di hatiku irama dan lagu irama cinta dan lagu rindu cinta dan rindu. Hari-hari kita lalui seadanya tapi penuh makna penuh senda berjuta tawa tak sedar masa galak beredar kau menginjak dewasa kami semakin memutih rambut di kepala. Kini kau seorang mekanik manusia di serata dunia engkau belajar mencari ilmu di ceruk nusantara sampai ke Negara China dari daksina ke paksina pulang dengan penuh dada mengubat beribu penyakit dan demam selsema mempu membelah perut mengorek biji mata menyelamatkan berjuta nyawa dan aku tetap di sini berteman hangat penunu Bunsen bermain fakta ...

Jika Tersakiti

Jika Hati tersakiti... Usah berharap orang lain menjaga perasaan kita... Diam dan bersabar sambil merencana pelan membalas dendam :)

Kata Ibarat Pedang

Image

EX

Andai terseuratlan anda Ex saya... Tak perlulah anda susah-susah menBLOCK meng unFRIEND saya d Fb atau apa-apa laman sosial... Kerna saya tidak pernah mau cari tahu keberadaan kisah hidup dan mati anda... JPII