Posts

Showing posts from March, 2012

Persembahan Zapin Medley Makum PABM 2012

Image
8 mac lalu, kenangan yang cukup manis bila aku membuat persembahan nyanyian lagu zapin di PICC sempena Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri untuk tahu 2012. sedikit tidak menyangka, pada tahun 2009 aku juga menghadiri majlis ini. tapi seingatku aku duduk di kerusi paling belakang. tiada tempat duduk lagi dibelakangku. siapa menyangka pada tahun 2012 tempatku adalah di Pentas Keramat tersebut. aku sendiri sebenarnya lambat tahu..   ada masalah teknikal semasa nyanyian. dengan latihan band yang tidak cukup masa. aku menghafal lagu2 tersebut dengan versi yang lain, rupanya lagu yang digunakan oleh penari adalah versi lain. siap lirik2 laguku telah ditukar 100%. itu bukan masalah yang boleh aku jadikan alasan. kene jugak buat yang terbaik. semasa persembahan dicampur gementar, menjaga vokal, mengingat lirik, menjaga tempo masuk, semuanya menjadi sangat susah.sehinggakan pantun kedua lenyap dari kepala.tetapi aku usahakan untuk tidak diaM... hehe...