Posts

Showing posts from 2011

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

  Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya. Sesiapa yang berselawat 41  kali  sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksan

Kerna Dia

Dalam senyum simpul ku Hatiku menangis lagi. Kerana dia Hati yang sekian lama penuh cela Dalam gelak tawa ku Hatiku tergores lagi Kerana sikap dia Melulu tanpa bicara Menghukum tanpa tanya… Dalam senda gurau ku Hatiku tercalar lagi Kerana mahunya… Dalam kecewa..pasrah tanpa air mata..

Cerita Aku dan Mereka

Telah ku ukir halus garis-garis kenangan Berwarna merah jambu Lalu dibalasnya dengan senyum tawa Membawa hatiku terbang..tinggi melayang Memimpin tangan mereka satu-satu Menggenggam impian Terlukis sayang di kanvas hati Mengasak rasa rindu tak pernah berhenti Bila mana jarak dan masa mula berkira untuk memisahkan kami Hati-hati ini Lalu adakah cerita ini akan abadi? Atau rindu ini bakal menyepi? Lalu tanpa kita sedar ia mula terhakis dengan sediri ? Di sini tercabar hati-hati Di sini juga telah mekar kasih sejati Di sini tertabur bebenih budi Di sini teringat sehingga mati Murid ku Biarkan rasa ini Biarkan hati ini Berlalu pergi Pergi yang pastinya punya pengganti Goresan warna cukup indah dalam hidup ku dari kalian Akan ku bawa Walau bersama murid baru ku nanti.. ceritaku bersama mereka      Tds2011

embasheer ku

Image
dalam sibuk2 praktikum nie sempat lagi join 2 pertandingan nasyid, nasyid Festival sUngai melaka dan festival nasyid peraK... alhamdulillah...semUanya baik2 saja... silalah menonton yer... selamat menonton

Keindahan Yang hilang (lagu Puisi)

Post ini merupakan pelahiran perasaan cinta kepada alam... kebimbangan yang semakin terasa dengan keparahan pencemaran alam.. kemusnahan yang akan dibalas jua oleh alam..pada suatu ketika yang kita tidak pernah tahu... aku dia dan adik kami... Keindahan Yang hilang (Samsudin Jaafar) Sayup-sayup undan tua berlagu hiba terbang beriring di rembang petang renik-renik mengirai bulu carik melayang satu-satu berbaur debu lesu berapungan di air lalu. Daun-daun menghijau alangkah segar kemilau danau disinar mentari kali tenang betapa lembut mengalir ke muara kedamaian melingkar rimba lalu tumpah kasih nan jernih erat bertaut cinta kasih. Malam hiba dadanya ungu luka pungguk tersedu pilu di atas batu bulan tiada lagi mendandan wajah bintang malam pudar sinarnya. Orang bicara bulan bintang di makmal pada buku, data dan komputer lalu bulan dan cakerawala bisa diteroka bisa kembara di planet dan angkasa. Undan patah sayap gugur bulunya bertaburan Suara siapa parau

kata dia kepadaku...

Andai bisa kau tahu segalanya itu Segala yang tidak bisa kau lihat Segala yang tersembunyi daripada akalmu Malunya aku Memang Cinta itu senantiasa ada… Kadang-kadang gelombangnya kecil Kadang-kadang gelombangnya besar Ditempuh dengan sabar Walaupun hati berdebar-debar Amarah berkobar-kobar Kata maaf, terima pembetul suasana Biar sakit ditelan semua Tenang mempositifkan prasangka Meneutralkan rasa Agar bisa bernafas normal semula MFI Betapa ku cinta Betapa ku rindu Kepingin bertemu Jiwa tak menentu Akal bersoal bertalu-talu Kau sentiasa dalam doaku Moga segalanya berjalan lancar Dengan izin yang Maha Kuasa Berserah, redha dengan segala ketentuan-Nya                                                                                                    terima kasih dia...

Li*g

Li*g… Hati ini mula haru… Hari mendatang yang ku bayangkan… Mula menjengah mukanya di hadapan pintu… Mula berkira-kira untuk menjauhkan kau dariku Li*g Katanya… Kalau jauh bisa merindu… Rindu itu penguat cinta… Cinta itu Milik kita berdua… Pandainya dia kan Li*g..! Bangunku dari lena… Hari mula menganjak diri.. Yang datang tidak sabar mahu pergi… Sedang aku mula pikirkan strategi… Agar detik-detik ini bisa ku henti… Agar-hari ini tidak pernah lagi berganti… Tapi pasti… Strategi hanya strategi… Detik-detik itu berlalu… Lenggang menari-nari… Lenggang yang menyakitkan hati… Pergi… Li*g… Pergi nanti jagalah diri… Kenanglah aku.. Sebagai seorang lelaki… Yang sentiasa mencintai kamu… Sampai nafas ini terhenti… myRAdhaty_atuLdHaty_umah fzri_0916am

Ukuran cinta Ilahi

Pada malam yang bening… Sendiri ku mengenang.. Satu satu dugaan yang datang menerpa… Laksana air mengalir…takkan pernah sudah… Aku hilang wira hatiku... Yang menyambut cinta Ilahi… Dia yang sentiasa tersebut di basah bibir kalaku mengadap Ilahi… Ibuku diuji…hilang nikmat sihatnya… Kasihan padanya… Ibu ku meluah rindu…. Tanpa dia tahu..kasih sayang dan cintaku… Mekar segunung untuk ibu dan bapaku.. Kini  diuji lagi kami… Dengan hilangnya tempat berlindung.. Dengan dugaan hidup yang adakalanya tidak tertanggung… Dengan kudrat ibu yang lemah dan hanya dialah tempat kami bergantung… Dengan keadaan kami yang perlu biaya untuk segala pelajaran yang diusung... aku akui..aku bingung yaRobb… Dialah pencipta kami… Dialah yang mencoret kisah-kisah.. Jalan liku dan manis hidup kami… Dialah yang menduga kami… Dialah juga yang bisa menghina dan memuliakan kami… Dialah juga zat yang maha

Dia Lagi...

Dia Insan damba hati Melirik manja hari-hari Ketawa gelagat hepi-hepi Ada dia hidup seri-seri Dia juga Insan damba hati bagai bunga Senyum indah manis-manis Hari-hari ku jauh dari sedih-sedih Dia Jantung hati belahan jiwa Dirindu kala ada apalagi tiada Dicintai sampai hujung nyawa Ku cari dari senja ke senja Duhai dikau yang merasa dirimu adalah dia Aku ini mencintaimu Cintailah aku kembali… Yakinlah…selamanya… dalam hati ini ada dia.. dia yang kau akui sebagai dirimu...                                                              10FiRa...

aku yang tiada ertinya

Tidak pernahkah sesekali kau terfikirkan? Bagaimana dengan aku? Aku yang rimas       Yang lemas diasak situasi Lalu hadirnya kamu Yang pada kamu ku ingin raih simpati Malah kau pula merendamku hingga aku setengah mati Dan dinyatakan akulah pesalah yang pasti Hatiku hancur Kecewa tiada peri … Sekian kalinya aku meluka Menyebabkan aku mau menilai kembali Cinta aku yang selalu kau sangsi Dan aku yang tiada erti …     ezaanadhar/9.35am/khamis/umahkz/170211

aku dan fantasia

Aku tak bisa hidup tanpanya. Sememangnya dia adalah satu hal yang aku perlukan hari-hari. Aku berganding dengannya sejak pertama kali Silky For Men memperkenalkannya. FANTASIA. Entah sampai sekarang dah berapa botol yang aku gunakan. Mungkin tak banyak sebab sebotol  Fantasia aku hanya boleh menghabiskannya hampir setahun. Jika tidak tertumpah atau meleleh di dalam beg yang aku gunakan, karena aku membawanya di dalam beg setiap hari. Ya. Sentiasa bersamanya. Dalam beg ku ada minyak wangi. FANTASIA sudah semestinya. Ada Roll on. Suka Roll on Keluaran Avon. Sebab melekat sepanjang hari. Ada berus gigi, adanya sudu, wax dan lain-lain. Sebagai seorang lelaki, aku mementingkan wangi-wangian untuk badan. Kerana Penilaian pertama wanita kepada kita adalah bau badan. Aku paling tidak selesa kalau suatu hari aku tak pakai Roll on. Dunia ku terasa gelap, sungguh tak selesa, terasa bau badan ku terhambur ke serata tempat. Tak pasti pun bau ke tidak. Tapi aku sungguh berjaga-jaga kerana aku tidak

Aku dan Pak Cik Tua Stereng Putar-putar

Ia menampar tepat ke pipi Lalu menyirap di bawah kulit muka, Bersama alir darah, Menaikkan semua sel-sel warna merah, Memerahkan muka yang tertunduk rendah. Ia adalah malu, dialirkan ke muka ku                 Terperosok jauh ke dasar hatiku Oleh seorang Pak Cik tua Harinya diindahkan dengan stereng putar-putar Putar kiri putar kanan Bermula kicau burung hingga terdengar cengkerik nyanyi-nyanyian Hari makin kelam, fikirannya sedikit-sedikit mula berantakan. Panjat anak tangga Terus dia tanya, Mahu makan ka? Dengan biadab agak kasar Tertumpu pada ku semua mata-mata Tambahnya “pergi-pergi sana” Aku terpinga-pinga Tidak terkata Tahan malu tahan rasa Tangga di panjat…ku turuni semula. Dengan suara lirih Dengan perasaan sedikit sedih Juga Goresan di hati yang agak pedih Ku ucap “Terima Kasih” Kepada dia… Seorang Pak cik Tua Indah harinya dengan stereng putar-putar…                                               

Mak...Aku Rindu

Tahukah kau? Saat ini aku merinduimu Merindui kasih sayangmu Yang sebenarnya tidak pernah lelah kau hamburkan. Mak Kecil-kecil dulu Aku tak kenal erti sengsara Apa lagi derita dan air mata Hanya tahuku makna suka Hanya tahuku meminta-minta Yang sedaya upaya kau adakannya Kudengar cerita kalian berdua Rupanya hidupmu tak seindah yang aku duga. Mak Pernahku terbaca Coretan cinta kalian berdua Surat cinta utusan Malaysia ke Singapura Dalam utusan kau bercerita Tentang rindu tentang cinta Tentang anak-anak kalian yang semakin membesar Anak lelaki ke tahun satu Anak perempuan ke tahun dua Rancak kau bercerita Lebih banyak tentang sengsara Tentang uniform sekolah kami yang kau hutang di kedai cina Tentang anak-anak ke sekolah tanpa duit belanja Tentang rutin pagimu menyedia “nasik aruk” dan air teh bunga   Bekal kami kesekolah, tak mahu kami meminta-minta