Posts

Showing posts from October, 2010

Hidupku dan Nasyid..

Image
Embasheer Aku dan Nasyid… Berkecimpung dalam hal ini memberikan aku perbagai jenis rasa. Rasa pahit, manis, suka, duka dan lain-lain. Asam garam kehidupan, sememangnya selalu begitu. Bidang nasyid, semestinya ramai yang memikirkan ia adalah satu bidang yang skema, perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan ·             Penasyid mesti nampak baik. ·             Mesti Nampak Islamik ·        Berkopiah, songkok dan sebagainya… ·        Kalau tak? Dianggap sesat Bagiku ia hanya mentaliti masyarakat. Mungkin ia dikaitkan dengan nasyid sebagai jalan dakwah. Tapi nasyid itu hiburan yang boleh mendekatkan kita ke arah nilai dan cara hidup yang lebih baik kerana nasyid merupakan salah satu cabang dakwah. Azalinya kejadian manusia selalu dikaitkan dengan sifat sukakan hiburan, keseronokkan, keindahan dan kegembiraan. Kerana manusia sukakan kebahagiaan, sentosa. Jauh dari segala rasa bosan, kecewa, sakit dan sebagainya. Wadah inilah cara yang sesuai (mungkin) untuk mendekati remaja pada mas

Ayah....

Catatan ini ku tulis sekadar ingin berkongsi dengan kalian, para sahabat alam maya. Cerita hidupku. Secebis pengalaman yang tidaklah begitu penting tapi ia amat bererti bagiku. 2010 adalah tarikh berlakunya  peristiwa paling besar dalam hidupku. “aku kehilangan insan bergelar AYAH” yang biasanya aku panggil bapak. Selama hidup, ku mendengar khabar sahabat-sahabat kehilangan ayah. Ucapan takziah itu selalu ku ungkapkan, tapi tidak pernah sekali aku mencuba untuk menyelami hati insan-insan yang telah kehilangan ayah. Kerana bagiku kehilangan itu satu perkara yang biasa dan akan terjadi kepada semua manusia. Menjelang Januari 2010 kembalilah kami kerutinan seperti biasa balik ke pusat pengajian tinggi tempatku belajar. Tempat mengenali para sahabat seangkatan. Dan selama mana tidak bercuti panjang, selama itulah aku tidak akan balik menemui keluarga. Bukan kerana tidak mahu, tapi sebagai anak aku tahu susah payah ayah dan ibuku (memahami kan sikap anak yang baik. Maka tergolong

cinta kita