KALAU TUHAN KITA KENALI with Lyric (mawaddah)
Kalau Tuhan Dikenali Kalau Tuhan kita kenali Kasih sayang dan peranan-Nya Kalau Tuhan kita fahami Keagungan dan kekuasaan-Nya Kalau Tuhan kita rasakan Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya Kalau Tuhan dikenali Cintailah Tuhan Dia adalah segalanya Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal Cintakan selain Tuhan, cinta murahan Kalau Tuhan kita kenali Dialah segala-galanya Kalau Tuhan kita fahami Dialah Pengurus seluruh keperluan kita Kalaulah kita faham Tuhan ini siapa sebenarnya Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya Cintakan Tuhan cinta yang abadi