Posts

Showing posts from November, 2010

AKu dan sahabat

Sahabat  Semua kita punya sahabat kan. Sahabat adalah insan yang akan selalu ada di kala kita suka atau duka. Sahabat punya banyak persamaan, keserasian, saling bergantungan. Alangkah indahnya dunia jika insan seperti itu benar-benar wujud dalam dunia ini. Sahabat itu satu anugerah terindah oleh ALLah S.W.T kepada hambanya. Tidak semua kita bertuah memilikinya. Tapi bila mana kita memilikinya, tidak semua manusia akan menghargainya… Kenalan, kawan, rakan dan sahabat adalah insan yang sangat berbeza. Jika ditanyakan padaku? Insyallah Aku sangat mencintai sahabatku kerana bagiku sahabat bukan hanya akan hadir untuk menolong tika susah atau berkongsi kegembiraan atau mendengar masalah kita. Malah sahabat itu anugerah tuhan yang perlu dicintai, dihargai dan dimengerti hadirnya. Kita tidak boleh meneka hati seseorang, tapi lumrah naluri manusia mencari seseorang yang baik untuk dijadikan sahabat. Tapi pernahkah kita terfikir, apakah kita ini cukup baik untuk sahabat-sahabat kita. Untuk