Posts

Showing posts from 2016

Wira Belum Terdendang : Pak Tani

Sajak ini terhasil dengan spontan, tatkala aku sedang mengajar KOMSAS tingkatan 4. Aku pada hari tersebut sedang mengajar sajak Sang Gembala Kuda. Pelajar bertanya kepada aku maksud perkataan jerami. Aku memulakan sesi menjawab soalan tersebut dengan cara soalan juga. Aku : Siapa pernah melihat nasi atau nasi ayam? sila angkat tangan. Seluruh pelajar dalam kelas tersebut mengangkat tangan dengan keadaan sangat riuh. Aku : siapa pernah tengok beras? Hampir semua mengangkat tangan.. sambil menertawakan kawan yang tidak melihat beras. Terdapat sedikit bilangan pelajar yang tidak angkat tangan...Memang ada yang tidak pernah melihat beras (kurang cakna mungkin) Aku : Siapa pernah tengok padi? yang berwarna emas sebelum menjadi beras. kurang 5 orang yang angkat tangan... (mulai diam) Aku : siapa pernah tengok pokok padi, cara ia di tanam, dituai dan melihat sawah? Pelajar diam, bertanya pokonya macam mana? ada batang? mcm pokok kelapa? semua tidak tahu. Aku : sed

Diari : Cikgu dan Kamu (Untuk Persaraan Cikgu Nazrah )

Jejaka Pendiam II · Monday, 18 January 2016 Oleh : Jejaka Pendiam II SMK KUCHING HIGH  Waktu mengalir seperti air bergulir tak pernah berhenti menghanyut hayat ke suatu destinasi. Aku seorang Arkitek manusia kau panggil aku cikgu saban waktu ucap selamat darimu menusuk tangkai kalbu mewarnai cerah hariku menghias indah hidupku menerbitkan di hatiku irama dan lagu irama cinta dan lagu rindu cinta dan rindu. Hari-hari kita lalui seadanya tapi penuh makna penuh senda berjuta tawa tak sedar masa galak beredar kau menginjak dewasa kami semakin memutih rambut di kepala. Kini kau seorang mekanik manusia di serata dunia engkau belajar mencari ilmu di ceruk nusantara sampai ke Negara China dari daksina ke paksina pulang dengan penuh dada mengubat beribu penyakit dan demam selsema mempu membelah perut mengorek biji mata menyelamatkan berjuta nyawa dan aku tetap di sini berteman hangat penunu Bunsen bermain fakta foto

Jika Tersakiti

Jika Hati tersakiti... Usah berharap orang lain menjaga perasaan kita... Diam dan bersabar sambil merencana pelan membalas dendam :)