Diari : Cikgu dan Kamu (Untuk Persaraan Cikgu Nazrah )


SMK KUCHING HIGH 


Waktu mengalir seperti air
bergulir tak pernah berhenti
menghanyut hayat ke suatu destinasi.

Aku seorang Arkitek manusia
kau panggil aku cikgu
saban waktu ucap selamat darimu menusuk tangkai kalbu
mewarnai cerah hariku
menghias indah hidupku
menerbitkan di hatiku irama dan lagu
irama cinta dan lagu rindu
cinta dan rindu.

Hari-hari kita lalui seadanya tapi penuh makna
penuh senda berjuta tawa
tak sedar masa galak beredar
kau menginjak dewasa
kami semakin memutih rambut di kepala.

Kini kau seorang mekanik manusia
di serata dunia engkau belajar
mencari ilmu di ceruk nusantara
sampai ke Negara China
dari daksina ke paksina
pulang dengan penuh dada
mengubat beribu penyakit dan demam selsema
mempu membelah perut mengorek biji mata
menyelamatkan berjuta nyawa
dan aku tetap di sini
berteman hangat penunu Bunsen
bermain fakta fotosistesis dan hipotesis
di sebuah makmal kenangan
kenangan kau dan zaman persekolahan.

Kini juga kau pemimpin berwibawa
mengurus harta Negara
bersoal jawab di parlimen dunia
tentang masalah tentang kemajuan bangsa
kau dipandang mulia disanjung puja
berpangkat datuk paduka
dan aku di sini kekal sama
setia mengajar tulis baca
menyusun atur aksara jiwa

Kau pakar ekonomi dunia
merencana kira-kira
taraf hidup masyarakat sedunia
punya otak geliga
menolak tambah menghapus kita
wang berjuta juta
aku di sini seperti biasa
asyik dan leka
menambah tolak faktor sepunya
bermain nombor perdana
masih mencerakin congak ungkapan algebra.

Kau juga segak bergaya
menjadi seorang pengetua
juga Dengan unifom perajurit Negara
menjadi polis tentera dan penguat kuasa
menjadi hakim di mahkamah tinggi
dengan elaun setinggi-tinggi
membela nusa ibu pertiwi
maka tetap aku di sini
bersama profesion yang ku cintai
merendam roti menghirup kopi
memandang fail semakin tinggi
dan mengisi segala macam E
bermula kelas awal pagi
mencorak masa depan anak-anak ini.


Kau datang kau pergi
seiring waktu berlalu mesti
dan kami tetap di sini
meniti hari menabur bakti
dalam bingit kota dan kampung sunyi
muda dan tua di sini
gigih melakar garis-garis budi di kanvas memori
menjadi potret kenangan
dari generasi ke generasi.

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Aku (Komsas Tingkatan 1) Lagu Puisi

Diari Hati Seorang Guru (UPSI)

Keindahan Yang hilang (lagu Puisi)