Sajak Aku (Komsas Tingkatan 1) Lagu Puisi

Tidak ada manusia lain
di pantai ini
kecuali diriku.

ku susur pasir panjang
sambil kubayangkan
aku ini adam

Hari inilah aku tercipta
dan pertama kali melihat
laut langit dan pohon.

kelmarin aku belum ada
tidak terdengar olehku
bunyi ombak itu.

tidak terasa olehku
sentuhan angin ini
bertiup di mana-mana.

bahkan aku tidak tahu
kulit kerang dan ru
pernah wujud di sini.

tuhan
aku percaya kau pencipta
kerna aku baru ada.


di sini disertakan video lagu puisi "Aku" untuk memudahkan pengajaran guru Tingkatan 1.
komposer : Cikgu Rabiaatul Adawiyah Morni (SMS Kuching)
video beserta lirik
Lagu Puisi Sajak AKu

Semoga bermanfaat :)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Diari Hati Seorang Guru (UPSI)

Keindahan Yang hilang (lagu Puisi)