“ wahai tuan sekalian, janganlah pergi dahulu sebelum membawa apa-apa.”RABIATUL ADAWIYAH.






Suatu malam rumah Rabiatul Adawiyah diceroboh oleh pencuri. puas pencuri itu mencari jika ada barangan yang boleh diambil namun mereka hampa.
Yang ada di rumah Rabiatul Adawiyah hanya satu takar yang diperbuat daripada tanah.
Ketika mereka semua sudah bersedia untuk keluar dari rumah Rabiatul Adawiyah, mereka dikejutkan dengan satu suara. Suara itu berbunyi, “wahai tuan sekalian, janganlah pergi dahulu sebelum membawa apa-apa.”
Rupanya itu adalah suara Rabiatul Adawiyah yang sudah menyedari kehadiran pencuri itu. Pencuri terkejut dan berada dalam ketakutan.
“Dari manakah suara itu datang?” Tanya salah seorang daripada mereka dengan suara yang gugup.
“Rumah ini sangat gelap, saya juga tidak nampak siapa yang bercakap,” kata salah seorang pula.
“Tadi suara itu menyuruh kita jangan pergi tanpa membawa apa-apa, mesti ada sesuatu yang berharga di dalam rumah ini.”
“kalau begitu ayuh kita cari lagi.”
Pencuri itu menyambung pencarian mereka tanpa rasa segan silu.

“ Ternyata rumah ini tiada apa-apa melainkan takar air yang diperbuat daripada selut ini.”

Kemudian Rabiatul Adawiyah keluar dan berkata, “Ambillah takar itu, pergilah kalian ke tempat air dan berwudhuklah dengannya. Kemudian kembalilah menunaikan solat dua rakaat. Dengan cara begitu, kamu pergi dari rumah saya ini dengan membawa sesuatu.”
Mereka yang masih terkejut apabila melihat Rabiatul Adawiyah muncul denga tiba-tiba, kemudiannya berasa sangat terharu selepas mendengar kata-kata Rabiatul Adawiyah. Umpama anak panah yang dilepaskan tepat mengenai sasarannya, mereka merasa seperti hidayah Allah datang dan mengetuk pintu hati mereka.
Tanpa dipaksa menurut kata-kata Rabiatul Adawiyah, mereka segera melaksanakan solat sunat dua rakaat.
Rabiatul Adawiyah yang memerhati tingkah laku kedua-dua lelaki yang pada asalnya mahu mencuri segara menadahkan doa. Dalam sebak Rabiatul Adawiyah mengungkapkan untaian doa. Kepada Allah.
“ Ya Allah, lelaki ini sudah memasuki rumah ini, namun tiada barangan beharga yang mereka temui. Sekarang ku pinta mereka untuk mengadap dan berdiri di pintuMu, jangan Engkau menghalang dan mencegah mereka dari mendapat redha dan ampunMu”
Rabiatul Adawiyah sedar bahawa lelaki itu telah mendapat rahmat dan hidayah Allah dan rahmat itu sedang bercucuran kepada mereka.
Tanpa disangka,mereka terus mengerjakan solat sunat sehingga fajar menyinsing dan terus melangsaikan solat subuh. Kemudian barulah mereka bersedia melangkah keluar dari rumah Rabiatul Adawiyah.
“ Alhamdulillah dan terima kasih kepada Puan guru kerana nasihat Puan guru itu telah mencetuskan insaf di hati kami.”
“ Alhamdulillah,” kata Rabiatul Adawiyah ringkas, hatinya bahagia dengan perubahan mereka berdua.
Seorang lagi berkata, “Insyallah kami bertekad tidak legi melakukan kerja terkutuk itu, kami akan mencari rezeki yang halal.”
Rabiatul Adawiyah terus mengangkat tangan dan berdoa kepada Allah sejurus kedua-dua lelaki itu melangkah keluar dari rumahnya.
“Wahai Tuhanku, mereka sudah tetap berdiri di depan pintuMU dan terimalah mereka. Semenjak aku mengenal erti kewujudanMu tidak pernah aku henti dari mengadapMu walau sesaat. Mohon perkenankanlah permintaanku ini.”
Rabiatul Adawiyah terus menunaikan solat sunat dengan perasaan yang sangat istimewa, air mata syukur terus saja mengiringi solatnya itu.

                                                        Rabiatul Adawiyah
                                                        Perindu Cinta Abadi
                                                         Zahiruddin Zabidi






Comments

  1. haa.. crite ni.. ingat3. sedih kisah die lahir.. mak ayah die mengharap anak lelaki tapi dpt perempuan.. anak keempat dr empat adik bradik.. sebabtu nama die rabiah. tapi byk lupe kisah die.. x bace habis buku dah hilang.. ramai pembesar n ulamak melarang tapi die menolak.. sebab dia x mengharap syurga Allah.. tapi dia ingin jadi pencinta Allah yg setia..

    ReplyDelete
  2. penceritaan dalam buku ini senang dan agak best.tapi sedikit yang membuat saya terkilan, buku seperti ini sepatutnya tidak mempuyai sebarang "typing erro".. kerana kesalahan ejaan agak banyak di dalam buku ini.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, terima kasih kepada saudara kerana sudi memebaca novel sejarahs srikandi Islam Rabiatul Adaiwyah: Perindu Cinta Abadi.

    Berkenaan dengan typo, kami mengakui ianya adalah kesilapan di peringkat kami kerana mengejar tarikh mati, namun alhamdulillah, bagi cetakan kedua dan sekarang sudah masuk cetakan ketiga, hampir kesemua kesalahan tersebut sudah diperbaiki.

    Sekali lagi saya memohon maaf atas kekurangan tersebut.

    Buat makluman tuan, selepas Rabiatul Adawiyah saya juga menulis mengenai Aminah dan seterusnya Fatimah serta sebuah novel Islami berjudul Nian Hati Salsabila.

    Jemput tuan ke laman saya ya, terima kasih.

    ZAHIRUDDIN ZABIDI
    www.kalamkhalifah.com

    ReplyDelete
  4. walaikum salam..
    saya sangat meminati cara penulisan dalam Buku Rabiati Adawiyah...sehinggakan saya menyesal tidak membeli buku fatimah dan aminah dahulu. saya mencarinya di tanjong malim sekarang tetapi tidak menjumpainya...insyallah mungkin saya kembali ke jB untuk membeli buku2 tersebut sedikit masa lagi...

    kesalahan ejaan tersebut hanya satu kesalahan yang kecil dibandingkan dengan impak syang saya dapat apabila membaca buku tersebut... sehingggakan saya menitiskan air mata mengenangkan betapa kerdilnya saya dan betapa tulusnya cinta RA kepada ALLah...

    teruskan berkarya dan berdakwah... buku anda telah membuka mata saya mengenai serikandi-serikandi islam. dan cara penceritaan yang mudah dan santai menyebabkan saya tidak sabar menghabiskan pembacaan buku tersebut...

    terima kasih saudara...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sajak Aku (Komsas Tingkatan 1) Lagu Puisi

29 Februari dan Aku

Keindahan Yang hilang (lagu Puisi)