29 Februari dan Aku

Ada apa pada 29 februari? tarikh yang muncul hanya sekali dalam setiap empat tahun. ya 4 tahun... kalau anak yang baru lahir 29 februari 2012, tarikh yang sama akan muncul seawal kanak-kanak tersebut berumur 4 tahun. dia sudah pandai berjalan, makan, bercakap, malah ada yang sudah masuk ke sekolah.

Aku adalah salah seorang daripaga golongan ini. nak kata macam mane ea? ada yang kata kesian, ada yang kata unik, ada yang kata untung, ade yang kata rugi, ade yang kata best, ade yang sebaliknya. hehehe.. Tapi apa yang penting, umur tetap meningkat seiring dengan perjalanan waktu. cumanya hari spesial tersebut jarang-jarang muncul..

aku mau berkongsi kisah untuk kalian. apa yang berlaku jika kalian menjadi aku atau berada di tempat golongan seperti kami.

kalau kalian menjadi aku:
1. kalianlan antara insan yang peka dan tahu bilakah akan hadirnya 29 febuari atau dengan kata lain bab bila akan ada tahun lompat, kalianlah yang super tahu.

2. kalian adalah antara orang yang tidak kisah dengan ucapan happy birthday sebab perasaan hari lahir tue hanya akan lebih terasa jika tarikh tersebut adalah tarikh lahir anda.

3. pada tahun lompat kalian akan diberikan ucapan pada hari kalian di lahirkan. tapi pada tahun-tahun biasa kalian akan mendapat ucapan selamat hari lahir untuk 2 hari iaitu 28 Februari dan Mac.. untung kan?? chegu dan kawan2 saya ada yang mengucapkan salamat hari lahir untuk hari Pertama iaiatu 28 Feb n keesokkan harinya selamat hari lahir utuk hari ke dua 1 mac.

4. kalian akan mengalami situasi diketawakan jika ada sesiapa makhluk ALLah(manusia) yang tetiba melihat IC ada, kad pelajar anda yang menunjukkan anda lahir pada 29 Feb ruari. diketawakan itu pasti.tapi tidk tahu apa motifnya. mungkin berbaur rasa kagum, dan cemburu(sikit).

5. anda kan mengalami situasi rakan-rakan tidak percaya bahawa anda lahir pada hari tersebut, sampaikan anda terpaksa menunjukkan IC anda untuk bukti. Leceh kan?

6. anda akan berpeluang ntuk mengusik rakan2 yang mengucapkan selamat untuk hari lahir anda pada tahun2 biasa. jika ucap selamat di ucapkan pada 28 feb, anda akan menyatakan tarikh lahir anda pda esok hari  dan bila esok harinya ucap selamat anda terima lagi anda akan menyatakan bahwa tarikh lahir anda sudah lepas.iaitu semalam.

7. anda boleh mengenakan kembali kwan anda yang ketawakan anda kerana menyambut hari lahir 4 tahun sekali. katakan padanya dia telah salah dan yang betul adalah 4 kali setahun. pasti kawan anda black out seketika. :) malah ada yang terus percaya kata-kata anda.

8. anda akan sentiasa memenelefon syarikat telekomunikasi pada setiap tanggal lahir anda untuk tahun-tahun biasa. malah ketikanyaada anda akan mendapat jawapan yang mengecewakan dari opertor. maaf. tarikh lahir anda tidak ada dalam senarai kami. (MAX) katanya akan di beri 4 tahun sekali. dah la cuma satu hari. hehee. tapi lepas te mereka akan bagi jugak.jagan risau.

9.kalian akan terfikit dan selalu bertanya pad diri, kenapa kalian yang harus lahir pada hari tersebut. kebarang kalian untuk lahir pada 29 februari adalah 1: (365x3)+366 sangat besar. dan anda adalah beberapa orang yang kurang bernasib baik @ mungkin sedikit istimewa. kerana yang normal itu boring. yang susah didapati itu sangat beharga.

10. jika 29 februari muncul. anda akan mendapatkan ucapan hari lahir bersama doa Plus USIKAn. yang buat anda sentiasa senyum.

11. anda akan mendapat perhatian  daripada orang2 di sekeliling anda jika tarikh 29 feb ini menjelma. apalagi dari kekasih awak. kadang2 anda rasa keliru hari tersebut hari lahir awak atau hari lahir dia.

12. setiap manusa tercipta di dunia mahukan sesuatu yang unik dn senang diingati, tetapi anda telah mempunyai ciri unik ini bersama kelahiran anda didunia ini. sesuatu yang jarang2 di didapatkan... aadakah anda beruntung?

13. anda tidak kisah jika kawan2 melupakan hari lahir anda kerana anda telah biasa..

14 bersambung...

aku mengetahui aku lahir 29 feb apabila aku belajar matematik...tahun lompat..hehehe terima kasih chegu matematikku..

aku lahir 29 februari 1988. pkul 9 malam.. 3 jam lagi ke tarikh 1 mac...ternyata ibuku menyalahkanku kerana tidak bertahan selama 3 jam dalam perutnya. tidak sabar melihat dunia. kalau aku bersabar untuk 3 jam tersebut dan lahir 1 mac aku tidak mungkin dapat berkongsi rasa dengan sahabat semua....

banyak hal yang tidak abadi di dunia ini. tapi anda jangan ingat anda boleh tukarkan tarikh lahir anda ke tarikh lain..selamanya anda tetap di tarikh lahir itu.... abadi di situ..

satu hal yang anda perlu tahu...
selama 23 tahun aku hidup...
aku mengeja Februari dengan ejaan Febuari.... ditegur adikku.... umur 23 baru ku tahu selama iini aku mengeja bulan kelahiranku setiap aku menulis tarikh lahir adalah salaH....

daaaaaa... typo banyak..mengantuK...

Comments

  1. haha.apa2pon.happy birthdayyy abg !

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir yang ke berapa ni kecil lagi kan yelah 4 tHUN SEKALI katakan hehe +_+_
    Febuari tu lebih kurang sama cam saya je hehehe

    ReplyDelete
  3. oooo....interesting post and FEBUARI ..:D

    ReplyDelete
  4. saya pun 29Feb..tunggu saat tu lg berapa hari utk 29feb 2016

    ReplyDelete
  5. normal bro.. saya pun lahir 29 februari juga .. kesiann dan unik oke :)

    ReplyDelete
  6. happy birthdayyyyyy.....

    tiba2 hr ni terpikir nak google psl org yang lahir 29 feb

    ReplyDelete
  7. saya rs tarikh 29 februari is unik, tidak perlu rasa tersisih atau malu...

    klu sy, sy akan rs sgt istimewa..
    tp sy lahir tarikh biasa2 jer.. :)

    org bodoh je rs benda tu sesuati yang menjengkelkan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sajak Aku (Komsas Tingkatan 1) Lagu Puisi

Diari Hati Seorang Guru (UPSI)

Keindahan Yang hilang (lagu Puisi)