Setahun mencintaimu (5211)

terdampar di lautan kasihmu..

Setahun mencintaimu…

Mulanya bicara tanpa cinta…
Kita bertemu empat mata…
Dalam hatimu mendengus benci…
Kerna Apa?
Hanya kamu dan ALLah saja yang tahu..

Pernah kau menduga…
Dalam benci hadirnya cinta?
Pada aku yang bukan siapa-siapa…
Yang juga tidak punya apa-apa…
Kerna apa?
Kamu tidak tahu…yang Tahu Hanya ALLah saja…

Permulaan yang penuh cubaan dan mencuba…
Cuba faham dua menjadi satu…
Cuba faham rasa itu benar cinta atau ia datang dan lalu…
Cuba juga menahan cubaan yang datangnya tidak pernah berjemput…
Tapi tidak pernah juga dugaan itu…bikin kita hanyut

Sebenarnya aku cukup bersyukur…
Bilamana kau hadir lalu menyapa aku dengan cintamu..
Mengikat ku…
Terdampar aku dalam lautan cintaku…
Lemaslah aku.. walau aku berpaut teguh pada pelampung rindu..

Kita akui telah mencinta…
Dengan segala rasa yang ku damba…
Dengan segala kudrat yang ku ada…
Ku siram benih-benih cinta agar tidak layu di mamah masa…
Takkan mati bila ulat-ulat memakan daun asmara…

Cinta kita..moga menuju destinasi sempurna…



Setahun sudah kita lalui perhubungan ini...

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Aku (Komsas Tingkatan 1) Lagu Puisi

Diari Hati Seorang Guru (UPSI)

Keindahan Yang hilang (lagu Puisi)