aku yang tiada ertinya

Tidak pernahkah sesekali kau terfikirkan?
Bagaimana dengan aku?
Aku yang rimas
      Yang lemas diasak situasi
Lalu hadirnya kamu
Yang pada kamu ku ingin raih simpati
Malah kau pula merendamku hingga aku setengah mati
Dan dinyatakan akulah pesalah yang pasti
Hatiku hancur
Kecewa tiada peri

Sekian kalinya aku meluka
Menyebabkan aku mau menilai kembali
Cinta aku yang selalu kau sangsi
Dan aku yang tiada erti


    ezaanadhar/9.35am/khamis/umahkz/170211

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Aku (Komsas Tingkatan 1) Lagu Puisi

29 Februari dan Aku

Keindahan Yang hilang (lagu Puisi)