aku dan fantasia

Aku tak bisa hidup tanpanya. Sememangnya dia adalah satu hal yang aku perlukan hari-hari. Aku berganding dengannya sejak pertama kali Silky For Men memperkenalkannya. FANTASIA. Entah sampai sekarang dah berapa botol yang aku gunakan. Mungkin tak banyak sebab sebotol  Fantasia aku hanya boleh menghabiskannya hampir setahun. Jika tidak tertumpah atau meleleh di dalam beg yang aku gunakan, karena aku membawanya di dalam beg setiap hari.
Ya. Sentiasa bersamanya. Dalam beg ku ada minyak wangi. FANTASIA sudah semestinya. Ada Roll on. Suka Roll on Keluaran Avon. Sebab melekat sepanjang hari. Ada berus gigi, adanya sudu, wax dan lain-lain.

Sebagai seorang lelaki, aku mementingkan wangi-wangian untuk badan. Kerana Penilaian pertama wanita kepada kita adalah bau badan. Aku paling tidak selesa kalau suatu hari aku tak pakai Roll on. Dunia ku terasa gelap, sungguh tak selesa, terasa bau badan ku terhambur ke serata tempat. Tak pasti pun bau ke tidak. Tapi aku sungguh berjaga-jaga kerana aku tidak menyukai orang yang badaknya berbau.

Berbalik kepada Cerita FANTASIA. Aku menyukainya bukan karena aku minat Mawi. Tapi aku memang menyukai baunya. Aku mula jatuh cinta dengan FANTASIA apabila aku memeluk abahku. Aku perasan minyak wanginya. Harum. Tidak terlalu lembut dan tidaklah terlalu keras. Fantasia, aku sudah jatuh cinta. Dalam tempoh tersebut aku pernah membeli minyak wangi lain. BRAVE, AURA, INSPIRATION dan lain-lain minyak wangi tapi saya tidak berkenan. Kembali semua kepada FANTASIA.

Baru-baru ini FANTASIA ku telah tertinggal di rumah ku. Seminggu ini dunia ku terasa Gelap. Gelita. Tapi buat biasa saja. Tapi tadi aku diberikan FANTASIA baru. Oleh seorang insan yang memahami diriku. Terima kasih daun keladi. Besday saya nanti, bagi lagi.. eh..aku tak de besday la.haha

Kepada lelaki-lelaki di luar sana. Cubalah FANTASIA. Awek kalian mesti menyukainya. Cuma jangan sembur terlalu banyak. Baunya akan hangit. Sembur sedikit di bawah kedua telinga, di celah leher dan di pergelangan tangan. Insyallah, harum sepanjang hari.
Akhir kata, esokku bakal indah lagi…bila Adanya FANTASIA yang sentiasa di hati.

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Aku (Komsas Tingkatan 1) Lagu Puisi

29 Februari dan Aku

Keindahan Yang hilang (lagu Puisi)