Wira Belum Terdendang : Pak Tani

Sajak ini terhasil dengan spontan, tatkala aku sedang mengajar KOMSAS tingkatan 4. Aku pada hari tersebut sedang mengajar sajak Sang Gembala Kuda. Pelajar bertanya kepada aku maksud perkataan jerami. Aku memulakan sesi menjawab soalan tersebut dengan cara soalan juga.

Aku : Siapa pernah melihat nasi atau nasi ayam? sila angkat tangan.
Seluruh pelajar dalam kelas tersebut mengangkat tangan dengan keadaan sangat riuh.

Aku : siapa pernah tengok beras?
Hampir semua mengangkat tangan.. sambil menertawakan kawan yang tidak melihat beras. Terdapat sedikit bilangan pelajar yang tidak angkat tangan...Memang ada yang tidak pernah melihat beras (kurang cakna mungkin)

Aku : Siapa pernah tengok padi? yang berwarna emas sebelum menjadi beras.
kurang 5 orang yang angkat tangan... (mulai diam)

Aku : siapa pernah tengok pokok padi, cara ia di tanam, dituai dan melihat sawah?
Pelajar diam, bertanya pokonya macam mana? ada batang? mcm pokok kelapa? semua tidak tahu.

Aku : sedihnya... rupanya ramai antara kamu semua, hanya balik rumah semua nasi sudah terhidang. tungggu di suap ke mulut, dikunyah dan ditelan. Tanpa ingin mencari tahu datangnya padi dari mana. Tiada ada nasi semua akan jadi huru-hara, makan tak puas, pening kepala. Padi ini dihasilkan di sawah. Di bawah hujan dan panas. Dalamnya ada keringat, ada kesedihan, ada kesakitan, ada kesabaran ada kelelahan, ada tangisan. Semua tersebut dicampur, menjadi sepinggan nasi ayam yang menyelerakan. untuk kita menyambung hayat... Mari ucapkan terima kasih petani...
Semua : Terima kasih petani !!! untuk sepinggan nasi hari ini.

Maka ku lukiskan pokok padi... dan ku tunjukkan bahagian jerami itu di mana.
Pelajar : pokok padi macam rumput meh? mcm strow,
Aku : senyum sahaja.


Ia terhasil
dengan dengan ramuan utamanya peluh-peluh
dicampur dengan seulas kesengsaraan
diuli bersama segelas kesakitan
diadun rata besama cinta secukup rasa.

Ia sebuah anugerah
ditanam menghijau di sawah kehidupan
dibaja subur di ladang kasih sayang
disiram segar di sumur harapan.

Ia lambang perjuangan
dibajak dengan jentera kekuatan
dituai dengan ketam ketekunan
dibanting dengan kepuk kerajinan
dijemur dibawah mentari tengah hari.

Apabila kering
ditumbuk di lesung kejujuran
dibasuh dengan air keikhlasan
ditanak di dalam periuk kemewahan
tersedia sepinggan penuh keluhuran
penyambung hidup seluruh insan.

Hadirnya dengan keringat
kesedihan dan kasih sayang seorang insan tua.

Wahai Pak Tani
terima Kasih untuk sepinggan nasi pada hari ini.

JPII 30/1/2016

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Aku (Komsas Tingkatan 1) Lagu Puisi

29 Februari dan Aku

Keindahan Yang hilang (lagu Puisi)