AKu dan sahabat


Sahabat 

Semua kita punya sahabat kan. Sahabat adalah insan yang akan selalu ada di kala kita suka atau duka. Sahabat punya banyak persamaan, keserasian, saling bergantungan. Alangkah indahnya dunia jika insan seperti itu benar-benar wujud dalam dunia ini.

Sahabat itu satu anugerah terindah oleh ALLah S.W.T kepada hambanya. Tidak semua kita bertuah memilikinya. Tapi bila mana kita memilikinya, tidak semua manusia akan menghargainya… Kenalan, kawan, rakan dan sahabat adalah insan yang sangat berbeza.

Jika ditanyakan padaku?
Insyallah
Aku sangat mencintai sahabatku kerana bagiku sahabat bukan hanya akan hadir untuk menolong tika susah atau berkongsi kegembiraan atau mendengar masalah kita. Malah sahabat itu anugerah tuhan yang perlu dicintai, dihargai dan dimengerti hadirnya. Kita tidak boleh meneka hati seseorang, tapi lumrah naluri manusia mencari seseorang yang baik untuk dijadikan sahabat. Tapi pernahkah kita terfikir, apakah kita ini cukup baik untuk sahabat-sahabat kita. Untuk mencari sahabat, sebaiknya kita yang menjadi sahabat kepada orang lain dahulu. Dan insyallah insan di sekelilingmu akan menghargai kamu.

Aku punya ramai teman. Dan antaranya adalah beberapa orang sahabat. Aku tidak punya ramai kenalan rapat kerana aku rimas jika terlalu ramai kawan dalam satu masa. Aku selesa bersahabat dalam kuantiti berdua, bertiga. Berempat aku sudah mula rimas. Bukan menyombong. Tapi realitinya, itulah aku. Geng??? Aku memang tiada minat ke arah itu.
 Ramai antara kita yang tidak tahu nilainya persahabatan. Dengan?
Adalakalanya menikam sahabat, adakalanya mengambil kesempatan atas kebaikan sahabat.
Kasihan.!!!

Dalam bersahabat.bersahabatlah kerana Allah.
Dalam bersahabat ikhlaslah
Dalam bersahabat, ingatlah dia di kala kamu senang…
Bagi saya…jika saya punya RM1.00… 20sen dari nilai tersebut adalah hak sahabat saya… Juga hak orang di sekeliling saya…
Sahabat perlu dicari..
Dalam bersahabat, kita tidak hanya berperanan menolong dan ditolong…
Kita perlu mempelajari sahabat kita
Mengerti makna hadirnya kita untuk dia dan makna dia untuk kita.

Ramai yang mnyatakan cinta akan meretakkan hubungan persahabatan.. adakah ia benar??
Terserahlah dengan siapa kamu bercinta…bagaimana perangai insan yang kamu cintai…
Kalau dia sahabat kepada sahabatnya.
Dia akan faham peranan kita terhadap sahabat kita.
Bukan begitu? Hik hik hik

Cinta kita bukan hanya untuk kekasih…
Cinta itu anugerah Ilahi..
Bukan untuk disimpan sendiri…
Tapi untuk dibagi-bagi.

Wahai sahabat-sahabatku…
Aku sangat berbahagia bila adanya kalian…
Hidup aku penuh warna ceria
Hidup aku penuh cinta...
Pergilah duka..yang kekadang datang jua menjenguk muka..
Pergilah airmata… kerana tiap kali kami bicara soal bahagia…
Kami bisa merasainya...
Maka datanglah sahabat bersama cinta…
Maka datanglah sahabat bersama senyum mesra…
Datanglah sahabat bersama berita bahagia…

Sebagai sahabat kita boleh meneka…
Sebagai sahabat kita tahu rasa dia…
Lantas kita juga boleh merasa
Sakitnya dia kala dia sakit..
Susahnya dia kala dia susah…
Sahabatku bertanya: bagaimana engkau tahu???
Jawabku: kita kan sahabat..aku tahu lah…

Kala kita jauh terpisah…
Rindu itu tetap ada…
Janji dalam bersahabatan…
Tetap bersahabat walau salah seorang antara kita telah tiada…
Tetap bersahabat walau diri kita sama-sama tenggelam dalam tangis sendu dan air mata..
Kerana nilai sahabat itu, tidak akan pernah sama..
Dengan apa saja sesuatu…di dunia…
Dalam hati kita punya banyak ruang…
Dalam ruang itu.. terbuka satu tempat istimewa..
Untuk insan bergelar sahabaT…
Sahabat terbaik di dunia.. juga di akhiraT…

lagu ini untuk sahabat-sahabat ku..
semoga kita hidup dalam cinta..

Sahabat yang baik Umpama kasturi...walaupun kita tidak memakannya...kita tetap terkena lempias baunya...
sahabat yang jahat umpama api. Walaupun ia tidak membakar diri kita, kita tetap akan terkena lempias asapnya....
assalamualaikum
ezaanadhar....


Comments

Popular posts from this blog

Sajak Aku (Komsas Tingkatan 1) Lagu Puisi

29 Februari dan Aku

Keindahan Yang hilang (lagu Puisi)