Ukuran cinta Ilahi



Pada malam yang bening…
Sendiri ku mengenang..
Satu satu dugaan yang datang menerpa…
Laksana air mengalir…takkan pernah sudah…

Aku hilang wira hatiku...
Yang menyambut cinta Ilahi…
Dia yang sentiasa tersebut di basah bibir kalaku mengadap Ilahi…
Ibuku diuji…hilang nikmat sihatnya…
Kasihan padanya…
Ibu ku meluah rindu….
Tanpa dia tahu..kasih sayang dan cintaku…
Mekar segunung untuk ibu dan bapaku..

Kini  diuji lagi kami…
Dengan hilangnya tempat berlindung..
Dengan dugaan hidup yang adakalanya tidak tertanggung…
Dengan kudrat ibu yang lemah dan hanya dialah tempat kami bergantung…
Dengan keadaan kami yang perlu biaya untuk segala pelajaran yang diusung...
aku akui..aku bingung

yaRobb…
Dialah pencipta kami…
Dialah yang mencoret kisah-kisah..
Jalan liku dan manis hidup kami…
Dialah yang menduga kami…
Dialah juga yang bisa menghina dan memuliakan kami…
Dialah juga zat yang maha Agung maha pengasih…
Untuk dugaanNya yang hanya sebesar biji benih…
Balasku dengan seribu rintih…
BalasNya pula selaut kasih..
Kerana susah hadirnya sedih..
Kerana sedih aku tahu nilainya sebutir kasih…

Aku tahu…
Dalam ujian beribu…
Sentiasa ada balas baik…
Untuk hambanya...
….Yang hidup papa…
Tapi kenal erti syukur…

umahfzri_myRAmyFI..0247am..


Comments

Popular posts from this blog

Sajak Aku (Komsas Tingkatan 1) Lagu Puisi

29 Februari dan Aku

Keindahan Yang hilang (lagu Puisi)