Ayah....
Catatan ini ku tulis sekadar ingin berkongsi dengan kalian, para sahabat alam maya. Cerita hidupku. Secebis pengalaman yang tidaklah begitu penting tapi ia amat bererti bagiku. 2010 adalah tarikh berlakunya peristiwa paling besar dalam hidupku. “aku kehilangan insan bergelar AYAH” yang biasanya aku panggil bapak. Selama hidup, ku mendengar khabar sahabat-sahabat kehilangan ayah. Ucapan takziah itu selalu ku ungkapkan, tapi tidak pernah sekali aku mencuba untuk menyelami hati insan-insan yang telah kehilangan ayah. Kerana bagiku kehilangan itu satu perkara yang biasa dan akan terjadi kepada semua manusia. Menjelang Januari 2010 kembalilah kami kerutinan seperti biasa balik ke pusat pengajian tinggi tempatku belajar. Tempat mengenali para sahabat seangkatan. Dan selama mana tidak bercuti panjang, selama itulah aku tidak akan balik menemui keluarga. Bukan kerana tidak mahu, tapi sebagai anak aku tahu susah payah ayah dan ibuku (memahami kan sikap anak yang baik. Maka tergo...