GURU GURU

Bismillah...
Istimewa untuk guru yang pernah ajar tulis dan baca dan untuk semua guru-guru sedunia.
Walaupun hari ini bukan hari guru...
 Terimalah: Luahan hati sebahagian guru.
Didedikasikan buat semua yg bernama guru dlm grup ni..
e-gTukar Pertukaran guru suka sama suka

Ceritanya...
Semalam, Ada mak bapak yang datag meradang,
Menghentak meja bersuara lantang,
Meluah rasa menjeling pandang,
Kecik hati tak diundang,
Marah benar bila dibuang,
Macam amuk pemain bola dibuang padang...

Ceritanya..
Semalam, Maruah cikgu diejek-ejek,
Dikata tak layak jadi pendidik,
Ijazah yang ada sekadar dikelek,
Masa mgajar dipendek-pendek,
Pegalaman yg ada disukat cetek,
Telinga cikgu mendengar jelek..

Ceritanya,
 Hari ini, Ada murid yang datang lewat,
Sedangkan rumah duduknya dekat,
Cikgu pun tanya kenapa liat?
Hari-hari lambat, kemana solat?
Muka murid tersenyum kelat,
Otak murid berfikir ligat,
Nak gentar apa, cikgu tak boleh nak sebat,
Paling tak, tulis nama dalam buku lewat..

Ceritanya,
Hari ini, Ada cikgu mengajar di depan kelas,
Ada murid di belakang bersembang bebas,
Ada kerja untuk 1 kelas,
Tapi yang siap tak sampai sebelas,
Marah cikgu berbekas-bekas,
Niat di hati mengajar ikhlas,
Yang rajin tiga belas, Yang lain malas!

Ceritanya,
Esok, Result UPSR keluar,
1 sekolah bdebar-debar,
Mak bapak tak sabar-sabar, 
Mesti result anak aku bikin gempar...
Silap-silap masuk surat khabar..

Ceritanya,
Bila result mula diumumkan,
Anak dapat cukup-cukup makan,
Anak menanagis minta ehsan,
Bukan apa, takut balik dirotan,
Anak dipujuk, cikgu disalahkan,
Konon cikgu tak berkelayakan,
Ilmu yang ada tak cukup padan..
Mak bapak melepas baran..
Anak aku bukan sebarangan,
Lahir dari keturunan tuan-tuan,
Patut dapat keputusan no one..

Ceritanya.. 
Hari ini, Hati cikgu mendidih-didih,
Mak bapak tak tahu berterima kasih,
Hati cikgu mana tak sedih,
Tapi cikgu hatinya jernih,
Marah pergi sejuk diraih,
Biar mak bapak makinya berbuih,
Nawaitu cikgu bersifat bersih..
Luhur hatinya tetap ditagih,
Hari ini, aku berterima kasih..
Pada guru yang berperit jerih,
Yang tak pernah letih,
Bukan wang ringgit yang cikgu ketagih,
Cukupla sekadar sebaris ucapan TERIMA KASIH....

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Aku (Komsas Tingkatan 1) Lagu Puisi

Diari Hati Seorang Guru (UPSI)

Keindahan Yang hilang (lagu Puisi)