DOA BUATMU

Layangan catatan ini
tidaklah terlalu istimewa
tiada keindahan
biasa saja.

Di sini ramai mereka
yang malam tadi entah lena entah berjaga
belajar demi masa depan diinginnya
memerah otak bersengkang mata.

Mereka ini dengan harapan besar
berjaya di sini dan di luar sana
menggalas beban harapan ibu bapa
melihat mereka menjadi insan berguna
manusia dipandang mulia.

Menuju itu memang tiada mudahnya
perlu korban jiwa sebesarnya
azam dan tekad usah bersahaja
restu dan redha diharap sentiasa.

Inilah cerita anak didikku
selalu tekun menyantuni ilmu
semoga berjaya hidupmu
dalam SPM yang bakal kau temu
tuhan berkati hidupmu
itu doaku
selalu
terlalu selalu.
                                                                JPII KHS 07/16 8.19 am

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Aku (Komsas Tingkatan 1) Lagu Puisi

Keindahan Yang hilang (lagu Puisi)