Hidupku dan Nasyid..


Embasheer

Aku dan Nasyid…
Berkecimpung dalam hal ini memberikan aku perbagai jenis rasa. Rasa pahit, manis, suka, duka dan lain-lain. Asam garam kehidupan, sememangnya selalu begitu. Bidang nasyid, semestinya ramai yang memikirkan ia adalah satu bidang yang skema, perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan
·       
    Penasyid mesti nampak baik.
·       
    Mesti Nampak Islamik
·      
Berkopiah, songkok dan sebagainya…
·      
Kalau tak? Dianggap sesat

Bagiku ia hanya mentaliti masyarakat. Mungkin ia dikaitkan dengan nasyid sebagai jalan dakwah. Tapi nasyid itu hiburan yang boleh mendekatkan kita ke arah nilai dan cara hidup yang lebih baik kerana nasyid merupakan salah satu cabang dakwah. Azalinya kejadian manusia selalu dikaitkan dengan sifat sukakan hiburan, keseronokkan, keindahan dan kegembiraan. Kerana manusia sukakan kebahagiaan, sentosa. Jauh dari segala rasa bosan, kecewa, sakit dan sebagainya. Wadah inilah cara yang sesuai (mungkin) untuk mendekati remaja pada masa kini. Nasyid adalah hiburan yang menenangkan dan sentiasa mengingatkan kita betapa hidup ini tidak boleh dipisahkan dengan agamanya. Kerana Agama ada garis panduannya dalam berhibur.

Teringat kata-kata pengetua yang sedang berceramah di sekolah lamaku. Dengan penuh yakin (mungkin dengan sedikit rasa riak) mengeluarkan kenyataan “ nasyid tidak pernah menjadikan seseorang manusia itu menjadi baik.” Pendapatku? Nyata aku tidak bersetuju? Apa ada cara khusus menjadikan seorang manusia ini seorang insan yang sesungguhnya? Semestinya tidak bukan? Dan mata nakalku melihat ke merata surau. Pada perkiraan ku, ceramah pengetua terbabit akan menjadikan semua murid-murid di sekolah terbabit baik. Nasyid tidak menjadikan manusia baik kan? Mungkin ceramahnya wadah cara paling baik. MUNGKIN!!! Tapi apa yang terjadi. Ramai adik-adik yang berdengkur di belakang, tanpa menghiraukan ceramahnya. Kalian boleh berfikir apa maksudku. Ada satu hal yang lebih menarik. Sebenarnya ceramah tersebut bukan hanya didengar oleh murid. Malah sebilangan guru (warden mungkin) juga ada. Kebetulan guru tersebut mengajar di kelasku.

GURU: saya suka dengar nasyid. Saya INSAFFF dengar nasyid…
Aku ketawa dalam hati. Sedikit geli hati. Aku faham maksud guru terbabit. Menyindir kenyataan pengetua. Dan jelasnya dia juga tidak bersetuju. Sepertiku.

Tinggalkan cerita itu, biar jadi kenangan…berbalik pada imej nasyid. Kita lihat Negara jiran Indonesia. Nasyid itu tidak wujud. Cumanya mereka lebih memperjuangkan lagu berkonsepkan ketuhanan. Dan sesiapa boleh menyanyikannya.(tidaklah menyokong 100%) Cuma bagiku… “tidak perlu menunggu menjadi seorang manusia yang baik untuk menyebar kebaikkan.” Karena apabila kita banyak membuat baik, sedikit sebanyak ia akan menjentik perasaan kita untuk muhasabah diri… Baik itu subjektif.

Hidupku bernasyid bermula di sekolah rendah. Nasyid kanak-kanak. Sebermulanya aku menyanyikan lagu “ Pesan untuk adik” aku sebagai Vokalis. Haha.. aku sendiri tidak tahu bagaimana..bunyi nya..buruk mungkin (tidak sedap) hehehe…
Sehinggalah di sekolah menengah. Tingkatan 1. Menjuarai pertandingan nasyid peringkat sekolah. Vokalis? Bukan aku? Sebab… suaraku ketika itu baru pecah. Agak garau… baru akil baligh.. hahha..

Tingkatan 2… bermula dengan hobi… aku seorang insan yang perlu menyanyi. sehari tak menyanyi… bukanlah aku Fauzan Iz’aan. Masih ku ingat.. dalam beribu-ribu lagu ku nyanyi. Satu lagu yang mengubah tanggapan ku kepada suaraku… sahabatku memperkenalkan satu lagu. Nasyid semestinya. Sebab dalam kelasku ada ejen inteam unic… minat gilerz2 lah.. namanya NORIA KIFLI.. memperkenalkan aku dengan lagu “IMPIAN KASIH” inteam… mungkin setelah kesekian kalinya aku menyanyi. Seorang daripada rakan perempuan DAYANG RAFIDAH meminta aku mengajarnya melodi lagu tersebut… aku nyanyilah dengan penuh “feel”. Bukan tujuk “terror”, memang stail nyanyiku sebegitu…hahaha… reaksi kawan perempuan ku? SEDAP SUARA KAU… wah teruja… kali pertama dalam hidup…manusia pertama memuji suaraku…tetap ku ingat…(mmg lama ku rasa suaraku sedaap. Hahha)

Aku mula membuka langkah berani. Tingkatan 2 aku menyertai pertandingan nasyid peringkat sekolah. Rakan mencadangkan aku menjadi Vokalis. Aku? Mengiyakan saja. Tapi takdir berjalan tidak seiring rencana yang kami buat. Aku demam campak. Seminggu sebelum nasyid. Aku balik ke kampung. Latihannya bila? Dirumah? Aku tak boleh mengerakkan muka. Mukaku terlalu banyak kesan tersebut. tidak mampu aku mengerutnya.. ingatku lagu yang ku harus menjadi solo.” Ya nabi salam ‘alaika”… ku meminta team nasyidku bersedia dengan plan B. namun 3 hari sebelum pertandinga. aku sedikit pulih.. balik ke sekolah, ikut latihan. Tapi aku punya satu lagi masalah. Lupa lirik…
Hari pertandingan tiba… aku menyanyi seperti biasa. Cuma tanganku kotor.penuh dengan lirik lagu..hahhaa

Namun bila keputusan diumumkan. Kami JOHAN…. Semua menjangkakan begitu.Cuma aku yang tidak yakin… namun ada satu anugerah yang sering direbutkat iaitu. Vokallis lelaki dan perempuan terbaik… bila diumunkan… penonton menjerit namaku.. aku jadi malu… takut menang sorak… tapi sememangnya aku… terfikir di benakku. SEDAP JUGAK SUARAKU YE..(stetmen poyo)… selepas itu aku berehat sekejap.. sehingga aku mula mewakili sekolah dalam nasyid bermula Tingkatan 4..

azhar..naza..suiz..fadh..aku..
kenangan MHI






pic bersama AISHAH, WARDINA, FETRI...

Selalu ke peringkat ngeri…( berjumpa dengan seseorang, yang menjadi cinta hati pada masa sekarang, masa telah menemukan kami sejak dulu lagi, Cuma bukan di situ jodohnya)…

Di UPSI… mulalah aku bernasyid dengan erti kata sebenar. Tapi tetap menjadikan ia hobi. Bertemu sahabat-sahabat nasyid yang sempoi. My EMBASHEER… baju hijau… embasheer membawaku ke TV..rancangan MHI… pagi jumaat maulidurrasul… teruja…

Kini, orang2 kuat nya telah berpraktikal. Menjalani putaran kehidupan.datang dan pergi. Semoga ada sinar untuk embasheer… hehehe
Bukan nasyid saja jiwaku.semamngnya aku suka nyanyi..nyanyi menenangkan jiwaku. biarpun lagu tersebut sedih, tapi menenangkan.
suka lagu irama Malaysia dan lagu pop.. hehhee..

Begini forever….





Comments

  1. Ku asa, one day, ko akan tubuhkan sgek kumpulan nasyid... erm, aku mok beli album ya... nie tauk, ada invitation dr mana2 komposer nasyid.. jgn lupak dirk.. ya paling penting.. Kmk org kwn ko tetap doakan kejayaan n support ko dr belakang

    ReplyDelete
  2. insyallah...
    tapi sik pernah terfikir buat masa tok..
    siapa abiezai owh??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sajak Aku (Komsas Tingkatan 1) Lagu Puisi

29 Februari dan Aku

Keindahan Yang hilang (lagu Puisi)