merapu Time abis sem nie..

Semester 5 dihabiskan insyallah dengan jayanya..

Final exam baru je tamat semalam lega kalau orang lain fikir serasa macam tak de lagi batu menghempap atas kepala.

aku rasa sangat tenang sebab habis tenaga, lemak-lemak dan otot-otot tubuh aku gunakan untuk memerah otah bagi memuntahkan segala isi pelajaran yang aku hafal. Hafal tue!!! Teknik mengingat yang aku cuba untuk semester ini. 
( sebab tue ada yang tegur aku makin kurus kot.!!! Haha)

Sangat menyakitkan kepala. Rasa berdenyut otak tatkala aku menghafal 8 prinsip pembangunan mapan dalam kursus pembangunan lestari. (bukan cerita rekaan)
 Segalanya berjalan dengan baik.

Alhamdulillah.
 Semasa exam aku telah diberikan ilham yang melimpah ruah semasa menjawab soalan (dengan draf). Sehingga tanganku kejang menulis nota. Terima kasih kepadamu Ya Allah.kerana aku diberi 
kemudahan.

Doa selepas exam pulak.
Ya ALLah.kau lembutkanlah hati-hati pemeriksa yang bakal menyemak kertas kami. Supaya memberikan kami markah yang setimpal kepada usaha yang telah kami lakukan.
Terima kasih untuk pensyarah-pensyarah yang telah menaburkan ilmu untuk ku sepanjang semester ini.

Pembangunan Lestari
Cik Nur Baiti Binti Othman

Sistem Undang-undang Di Malaysia
En Amirul

Pergerakan Kreatif Teater
En Edy

Asas kewartawanan
Dr. Abu Hassan Bin Abdullah

Pengajaran Teknologi dan Penaksiran 1
En. Abu Bakar Bin Yusuf

Kaedah Penyelidikan Sains Sosial
Dr. M Sultana Alam

Semoga ilmu yang kalian curahkan ini diberikan rahmat yang besar Oleh Allah.
Amin

Satu hal yang sangat bermakna pada semester ini adalah aku mempelajari subjek yang di luar bidang yang aku ambil. Sangat seronok. Dan sangat memberikan aku pengalaman baru yang aku rasakan sangat beharga.

Subjek tersebut ada dua iaitu Asas Kewartawanan dan Pergerakan Kreatif Teater.

 Dalam asas kewartawanan:
Mempelajari bagaimana menulis berita.
Mempelajari bagaimana membuat surat khabar.
Mempelajari bagaimana membuat temubual dengan tokoh atau responden.
Mempelajari bagaimana boleh menjadi wartawan yang baik.

Dalam Pergerakan kreatif teater:
Mempelajari apa itu teater
Mempelajari teknik-teknik dalam budang tersebut, teknik melompat, gerakan kreatif dll
Mempelajari nilai yang terseirat dalam teater.
Mempelajari nagaimana menjadi perfomer yang terbaik

Mesti anda semua konfiuskan?
Dia nie nak jadi cikgu ke? Wartawan ke? Pelakon?

Saya ingin bertanya kepada kalian? Apakah tugas cikgu selama dia hidup hanya ambil kapur,
gores kat papan tulis(tulis nota)
bercakap(time mengajar)
berleter ( time murid tak siap kerja rumah)
marah( time denda murid buat kesalahan)

apa kah hanya itu?
Jika anda berfikir begitu anda silap besar.

Tugas guru bukan hanya mangajar. Tapi juga mendidik, mencorak, membentuk, memberikan contoh dll.
Dalam Falsafah Pendidikan kebangsaan pun menekankan JERIS.
Murid murid seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Di dalamnya ada kokurikulum, sahsiah, daya kreativiti, daya pemikiran, bakat, dll.
Bukan hanya melahirkan murid yang mampu mengira 123
Membatang ba bi be bu bo…
Abc123 adalah satu perkara yang sangat asas.
Yang jika diajar kepada burung kakak tua pun dia boleh ikut sama menyebutnya.

Kita lihat konteks kepada suasana di sekolah.
Sekolah ada majalahnya, ada buletin perpustakaan, buletin suraunya, buletin asramanya.
Kalau tidak punya kemahiran. anda boleh dikatakan gagal.
Guru mestilah bersifat serba boleh.
Guru ibarat lilin membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain.
(membakar mesti ada api, mengajar mesti ada ilmu)

Guru ibarat lautan, lemparkan apa saja, dia akan telan..
Jadi pengalaman membuat akhbar dalam asas kewartawanan boleh sangat saya aplikasikan.
Sangat membantu. Sehinggakan saya pernah terfikir. Saya tawarkan diri sajalah untuk membuat semuanya. Hehehe.
Sekalung apresiasi untuk pensyarah tercinta Dr. Abu

Masuk pulak cerita Pergerakan kreatif Teater:
Sangat rugi jika tidak mengetahui akan wujudnya sebagai cabang seni di dunia ini. Sangat menarik.
Nak dijadikan cerita, aku “mengeadd”(maafkan aku para pecinta bahasa) kursus ini kerana aku mengingatkan ia merupakan teater biasa yang aku selalu tonton selama ini. Yang lebih bercirikan drama.( Bercita-cita belakon jadi penjahat dalam sinetron Indon)

Tapi rupanya lain.
Teater ini lebih menuntut dalam olah tubuh kita untuk menyampaikan meseg kepada penonton.

Pelik kan?
Itulah kebenarannya, kamu tidak perlu bersuara
(boleh, tapi sangat minima)
Kamu hanya bergerak, olah tubuh yang kreatif, bagaimana kamu mengakpresikan gerak kamu semasa sedih,suka, sakit. Tapi masalahnya bukan gerakan yang selalu kamu buat secara reality. Tegasnya KREATIF.
Thanks with 10000000000 thank  En edy jasamu dikenang.

Bagi member pengajian Malaysia yang belum ambik. Add lah. Sesuatu yang baru dalam hidup kamu.

Saya tengah bengang dengan kursus Elektif yang Fakulti tawarkan. Asyik2 pusing2 bidang yang sama. Geo, sej, jemunya la. cuba bidang bakat pula yang diperbanyakkan. Contohnya muzik, sukan, seni, mengikut perkiraan saya subjek geografi ada
Pembangunan lestari, pembangunan wilayah, perbandaran, ade lagi lah..

sejarah tak yah cita.
Setiap sem exam dia sejarah sejarah sejarah.
 sejarah kebudayaan melayu, sejarah politik melayu,
sejarah Negara bangsa,
 sejarah melayan union.
Pengajian Malaysia
kompius kat situ.
Katanya sangat perlu tahu isu semasa.
Tapi soalan exam kebanyakkan nya sejarah.

Hehehe.. sebab tu tak ambik lagi elektif sem nie.
Sem 8 kot.. moga2 pengalaman muzikal ngan pengantar kebudayaan melayu diaorang bukak..
leh lari sikit dr benda2 yang kelise dan membosankan nie..

Setakat ni jelah kali ni.. sangat panjang merapu. Kalau asiment. Dah leh binding n anta kat lecture. Panas2 lagi baru pas print.. selalu cam tue. Hahaha
assalamualaikum






Comments

Popular posts from this blog

Sajak Aku (Komsas Tingkatan 1) Lagu Puisi

29 Februari dan Aku

Keindahan Yang hilang (lagu Puisi)