Posts

FROG VLE SMJK KUCHING HIGH

sila klik link di bawah untuk terus ke laman FROG VLE SMJK KUCHING HIGH yfb1201.1bestarinet.net/khs  

Kasih yang terbagi 3

Dengan harapan kami datang, melupakan hati kami yang pernah diluka dan walang, melupa semua rasa kecil hati kerana masih ada kasih dan sayang, kerana tetap darah daging yang kami kenang. Berpusu-pusulah anak dan isteri, merasa kami mungkin diperlu pada kali ini, datang dengan jiwa besar dan hasrat murni, tanda kami masih tetap peduli, meski hati jiwa dan rasa kami, luluh lebur dihancuri, pernah disakiti, diluka robek berulang ulang kali. Namun kenyataannya masih sama, kasih yang sudah terbahagi tiga sekian lama, tetap memberat di sebelah sana, hati kami memang hampa, luka kami seluruh jiwa, Kerana, pilihannya tetap sama, dia lebih rela dan suka, menyusukan anak-anak kera. yang sedang tersesat di belantara jiwa. Apalah hendak diharap lagi? korban masa dan tenaga di sini. tetap tidak dihargai, dipandang sepi, rasa kami seperti hanya syok sendiri, Kami berjauh hati, tapi tetap terima kenyataan duniawi, sebetulnya telah lama sekali, kasih mu bukan milik kami lagi, kami saja tak sedar diri....

Cerita Sekuntum Bunga

Ada sekuntum bunga mekar dalam sebuah pasu kehidupan megah bersalut emas indah berwarna terang mewah berbaja subur esak tangisnya sayu terdengar mahu terjun ke dada tanah mendamba bebas akarnya.

DOA BUATMU

Layangan catatan ini tidaklah terlalu istimewa tiada keindahan biasa saja. Di sini ramai mereka yang malam tadi entah lena entah berjaga belajar demi masa depan diinginnya memerah otak bersengkang mata. Mereka ini dengan harapan besar berjaya di sini dan di luar sana menggalas beban harapan ibu bapa melihat mereka menjadi insan berguna manusia dipandang mulia. Menuju itu memang tiada mudahnya perlu korban jiwa sebesarnya azam dan tekad usah bersahaja restu dan redha diharap sentiasa. Inilah cerita anak didikku selalu tekun menyantuni ilmu semoga berjaya hidupmu dalam SPM yang bakal kau temu tuhan berkati hidupmu itu doaku selalu terlalu selalu.                                                      ...

CINTAMU

Aku berlari pantas di sebuah taman yang begitu luas yang di dalam taman itu aku pernah melihat bayangmu Sepanjang larian ini aku terlihat hijaunya rumput indahnya kembang bunga putihnya awan pagi namun semuanya tak mampu ternikmati. dalam samar, terlihatku bayangmu mendekat namun semakin kabur cuba ku gapai tubuhmu bersama harapan yang hancur lebur dalam taman itu ku selusur syukur aku belum tersungkur dari cintamu yang kian luntur.                                                    khs JPII (071016)

Wira Belum Terdendang : Pak Tani

Sajak ini terhasil dengan spontan, tatkala aku sedang mengajar KOMSAS tingkatan 4. Aku pada hari tersebut sedang mengajar sajak Sang Gembala Kuda. Pelajar bertanya kepada aku maksud perkataan jerami. Aku memulakan sesi menjawab soalan tersebut dengan cara soalan juga. Aku : Siapa pernah melihat nasi atau nasi ayam? sila angkat tangan. Seluruh pelajar dalam kelas tersebut mengangkat tangan dengan keadaan sangat riuh. Aku : siapa pernah tengok beras? Hampir semua mengangkat tangan.. sambil menertawakan kawan yang tidak melihat beras. Terdapat sedikit bilangan pelajar yang tidak angkat tangan...Memang ada yang tidak pernah melihat beras (kurang cakna mungkin) Aku : Siapa pernah tengok padi? yang berwarna emas sebelum menjadi beras. kurang 5 orang yang angkat tangan... (mulai diam) Aku : siapa pernah tengok pokok padi, cara ia di tanam, dituai dan melihat sawah? Pelajar diam, bertanya pokonya macam mana? ada batang? mcm pokok kelapa? semua tidak tahu. Aku : sed...

Diari : Cikgu dan Kamu (Untuk Persaraan Cikgu Nazrah )

Jejaka Pendiam II · Monday, 18 January 2016 Oleh : Jejaka Pendiam II SMK KUCHING HIGH  Waktu mengalir seperti air bergulir tak pernah berhenti menghanyut hayat ke suatu destinasi. Aku seorang Arkitek manusia kau panggil aku cikgu saban waktu ucap selamat darimu menusuk tangkai kalbu mewarnai cerah hariku menghias indah hidupku menerbitkan di hatiku irama dan lagu irama cinta dan lagu rindu cinta dan rindu. Hari-hari kita lalui seadanya tapi penuh makna penuh senda berjuta tawa tak sedar masa galak beredar kau menginjak dewasa kami semakin memutih rambut di kepala. Kini kau seorang mekanik manusia di serata dunia engkau belajar mencari ilmu di ceruk nusantara sampai ke Negara China dari daksina ke paksina pulang dengan penuh dada mengubat beribu penyakit dan demam selsema mempu membelah perut mengorek biji mata menyelamatkan berjuta nyawa dan aku tetap di sini berteman hangat penunu Bunsen bermain fakta ...

Jika Tersakiti

Jika Hati tersakiti... Usah berharap orang lain menjaga perasaan kita... Diam dan bersabar sambil merencana pelan membalas dendam :)

Kata Ibarat Pedang

Image

EX

Andai terseuratlan anda Ex saya... Tak perlulah anda susah-susah menBLOCK meng unFRIEND saya d Fb atau apa-apa laman sosial... Kerna saya tidak pernah mau cari tahu keberadaan kisah hidup dan mati anda... JPII

Sakit dan Sakit Lagi

Mengguris Mengundang tangis Aku merintih. Sakit Jiwaku perih Menahan sedih. Sakit Ragaku pedih Hatiku mendidih. Selamba kau memujukku kau memelukku aku jadi kaku sakit jadi buntu aku jadi rindu Sakit itu biasa walau bisa sakit itu tunjuk ajar.                                                                          BENGKEL JOM TULIS PUISI bersama Jais Sahok                                            ...

Benci dan Cinta

Melihatmu kumeluat kerana hatiku kaurembat. Mengenangmu kumarah kerana jiwaku hilang arah. Merenungmu kubenci kerna cintamu lama menawan hati.                                                                      Bengkel Jom Tulis Puisi besama Jais Sahok.                                                                  ...

Sajak Aku (Komsas Tingkatan 1) Lagu Puisi

Tidak ada manusia lain di pantai ini kecuali diriku. ku susur pasir panjang sambil kubayangkan aku ini adam Hari inilah aku tercipta dan pertama kali melihat laut langit dan pohon. kelmarin aku belum ada tidak terdengar olehku bunyi ombak itu. tidak terasa olehku sentuhan angin ini bertiup di mana-mana. bahkan aku tidak tahu kulit kerang dan ru pernah wujud di sini. tuhan aku percaya kau pencipta kerna aku baru ada. di sini disertakan video lagu puisi "Aku" untuk memudahkan pengajaran guru Tingkatan 1. komposer : Cikgu Rabiaatul Adawiyah Morni (SMS Kuching) video beserta lirik Lagu Puisi Sajak AKu Semoga bermanfaat :)

TENTANGNYA CINTA

Ia tentang sebuah kekuatan yang menyatukan segala rasa. Ia tentang sebuah perkara yang diratap kehilangannya yang dirindu keperguannya tanpa kita igau titik akhirnya. Ia tentang sebuah logika yang selalu sirna dengan bibit pujuk rayu dengan subjek kau dan aku. Ia tentang sebuah pengharapan yang menggunung tanpa sangsi yang lama tergarap yang lelah terucap.                                                                         MFI 24/02/15 DBP

Kenangan

Dada ini sesak, Apabila denai kenangan ini terlalui, Apabila kenang kenangan itu kembali berputar di kotak fikir Apabila suara kenangan menerjah ke cuping telinga, Aku jadi resah, Aku pilu dan rindu Mata ini pedih, Bila sendu kenangan menerpa, Apabila sejuk kenangan menggigit tulang, Apabila hangatnya kenangan membawa makna, Tentang sayang dan cinta Kaki ini kaku, Melangkah mencipta sekali lagi kenangan,terpaku pada keindahan hari, Terkesan pada nikmat hari ini, Kenangan ini akan terkenangkan dalam kenangan, Suatu hari nanti…                                                                        JPII ...

betapa

betapa terkadang aku lemah dengan jalan hidup ini... selalu menghenyakku dengan kehendak manusia yang tiada batas... selalu ku menghadapinya dengan hati nurani... hati nurani yang selalu membinasakan kepentinganku... hancur... segalanya bakal hancur... maka ternikmatilah jalan takdir hidup ini dengan kehancuran... dengan rasa yang sudah mati... dengan hati yang tiada naluri...

....

Aaarghhh!!!

Itu Biasa

Kelukaan ini mengajar kita erti kuat… Membawa kita kepada suatu jalan.. Membawa kita kepada beberapa penyelesaian… Bagaimana bisa ia dilanjutkan? Andai ia lebih banyak mengundang kesakitan… Rasa ini sebenarnya berkecamuk… Meminta kefahaman… Meminta penerangan… Pada akhirnya…. Selamat Tinggal Perasaan… Sedikit masa ku perlukan untuk mencari sedikit keyakinan… Tuhan beri kami kekuatan… Kita berkeputusan dan kita menyesal…Itu biasa :P

KALAU TUHAN KITA KENALI with Lyric (mawaddah)

Image
Kalau Tuhan Dikenali Kalau Tuhan kita kenali Kasih sayang dan peranan-Nya Kalau Tuhan kita fahami Keagungan dan kekuasaan-Nya Kalau Tuhan kita rasakan Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya Kalau Tuhan dikenali Cintailah Tuhan Dia adalah segalanya Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal Cintakan selain Tuhan, cinta murahan Kalau Tuhan kita kenali Dialah segala-galanya Kalau Tuhan kita fahami Dialah Pengurus seluruh keperluan kita Kalaulah kita faham Tuhan ini siapa sebenarnya Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya Cintakan Tuhan cinta yang abadi

Di sini Lahirnya Sebuah Cinta | Merdeka 57

Image
Pelahiran cinta yang cukup sempurna... cinta pada malaysia cinta pada nusa mengenang semangat juang wira merdeka meneruskan semangat merdeka mevariasi keagungan sejarah bangsa menzahir cinta pertiwi Malaysia...di sini lahirnya sebuah cinta... tetap di hati :)