Bapaku dan Ibuku…




Bapaku!

Bukan seorang insan  ternama
Dia insan yang biasa-biasa saja..
Mencongak keperluan hidup kami apa…
Walau tanpa nama…
Tetap saja bikin kami tidak pernah merasa kecewa
Apa lagi putus asa..karena katanya.. Putus asa itu dosa

Bapaku bukan seorang wira Negara…
Ya… hanya seorang buruh kasar…
Menggalas keringat dari pagi hingga senja.
Dalam otakknya berlegar-legar soalan satu dua..
Anak isteriku sudah makan ke belum ya!

Bapaku juga tidak kaya raya.
Mungkin juga tidak punya apa-apa.
Memelukku ketika ingin turun kerja…
Aku pula ingin bertolak ke tempat belajar…
Pesannya tidak pernah ku lupa..
Rajin-rajin la belajar ya…
Kalau Berjaya senang hidup di dunia…
Bekalan akhirat sana…


Emak ku bukan kaunselor pengubat lara…
Tapi fikiran dia tajam jugak ya..
Katanya jika hidup Berjaya…
Perempuan akan cari kita…
Beza dengan manusia yang duduk goreng gitar tepi jalan raya…
Usik mengusik wanita... hajat tersemat di dada..
Sakit tekak gua…perempuan itu tidak cair juga…
Hahaha…

Emak ku bukan pegawai bank Negara…
Yang banyak birokrasi bila bagi-bagi wang dunia…
Mak hanya dengan muka selamba…
Kami balik sekolah semuanya...
Ini untuk kamu..ambik saja
Wang di rumah hanya tinggal Rm3.20
Untuk dia dan adik bongsu saya buat belanja…

Emak dan ayah ku bukan siapa-siapa
Tapi mampu jadikan kami manusia yang sesungguhnya…
Hantar kami ke universiti perguruan terulung di Negara…
Malaysia…
Hebatnya kalian berdua…
Walau dalam hidup merana..
Pelajaran anak tidak pernah Nombor dua…
Semoga yang kuasa…
Beri kami redha…untuk membayar segala jasa dan doa mereka…
Di dunia dan akhirat sana….

Karena Mereka Berdua... Wira di hati kami semua


ezaanadhar



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sajak Aku (Komsas Tingkatan 1) Lagu Puisi

29 Februari dan Aku

Keindahan Yang hilang (lagu Puisi)