Perlukan Peluang Bela diri



Tahun 6 adalah tahun yang sangat dinantikan. Selain menjadi senior di sekolah rendah pada ketika tersebut, (UPSR sudah pasti) kami akan berlatih untuk duduk di asrama. Hal ini disebabkan untuk ke tingkatan 1 kami perlu duduk di asrama memandangkan kampung kami tiada sekolah menengah. Sekolah menengah yang paling dekat adalah 2 jam perjalanan menggunakan jalan sungai dan laut. Maka semestinya pada tahun 6 kami sudah cuba-cuba untuk menyesuaikan diri di asrama. (berlatih lah Kot)

oK. Seperti kawang-kawan yang lain. Aku masih belum bersedia untuk duduk di asrama. Maka aku hanya tidur di situ. Siang aku memang balik ke rumah. Baju-bajuku tetap dimasukkan ke dalam mesin basuh di rumahku. Tiadalah kuasa aku ingin mencucinya. Malas melanda. Sebut pasal asrama, yang bermain di fikiran kita adalah warden, makan di dewan makan beramai-ramai, ade pak guard meronda, kene patuhi waktu belajar secara berdisiplin, cerita hantu( eh! Dah aku dok sorang2 kat umah ni) dan bermacam-macam-macam lagi. Bagi yang tidak pernah merasa duduk di asrama. Rugilah anda. Hehe.

Aku Cuma bercerita tentang suatu peristiwa yang membuatkan aku terkilan sehingga sekarang. Cuma di sebabkan salah faham. Terkilan sebab aku tidak punya peluang untuk membela diri.
Kejadian berlaku pada suatu malam. Biasa bagi budak-budak asrama. Tak adenye nak tido awal. Selagi warden tak "membelasah" pintu untuk menakutkan kami dan sebagai isyarat dia tengah meronda. Lalu kami pura-puralah tidur. Last-last tido betul. Bangunnya terus siang. Tapi pada suatu malam nie, ia tidak berlaku seperti biasanya. Warden tidak meronda. seingatku. tapi kami tetap seperti biasa bermain, bising, ketawa, bercerita dan lain-lain perkara yang memang bikin huru-hara. Setelah penat aku terus ke katil. Namun tiba-tiba seorang dari kawan-kawan ku menjerit memberitahu, “diam-diam, polis-polis!!!”. Aku ingatkan dia bergurau. Tak mungkin polis akan meronda malam-malam, apa lagi di kampung. Kan? Aku pun dengan kompidentnyalah menjawab, “ape nak takut ngan polis” dengan suara yang agak lantang dan kuat. Tiba-tiba terpacul muka pak guard kat depan pintu. Siap tanya, siapa yang tak takut dengan polis. Dah tue tengok muke aku lak tue. Malunya. Sial nyer kawan aku tue. Dia bukan Melayu, guard pun dia kate polis. Aku lak yang kene. Pas tue semua pakat-pakat tido.

Hal tue tak habis pada malam tue je. Pak guard tue gtaw warden lak. Bila kami dok kumpul makan di dewan, warden bagi lah ucapan. Kami semua dengar. Last-last dia bangkitkan isu tersebut. dia gtaw ade dak yang langgar peraturan. Tak takut ngan pak guard. N dia gtaw dia kenal budak tue. Sambil nengok muke aku. Alah malunya.

Kalaulah chegu tue tahu. Aku tidak bermaksud begitu…tapi zaman tersebut tidak berulang lagi..12 tahun sudah berlalu. Kini aku pulak bakal menjadi guru. Azamku. Setiap anak muridku yang bersalah, sebelum disabitkan kesalahan, aku akan mendengar penjelasan daripadanya. Aku tidak mahu dia menjadi seperti aku, dijatuhkan bersalah tetapi tidak diberi peluang untuk menjelaskan keadaan yang sebenarnya. TerkilaN yang amat… Apa pun, Terima kasih cikgu, kerana didikan kalian, saya menjadi insan yang sesungguhnya.

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Aku (Komsas Tingkatan 1) Lagu Puisi

29 Februari dan Aku

Keindahan Yang hilang (lagu Puisi)