Aku Bersama Hidup




Hidup selalu memujukku…
Pada ketika cinta mula menunjukkan laku curang yang menyakitkan…
Dan cinta mula berpaling mencari keindahan yang lainnya…
Meninggalkan aku dengan mata bening berkaca…
Hidup yang memujukku…sabar!!! katanya.

Hidup selalu memujukku…
Pada ketika sang duka mula datang menerjah…
Dan duka itu punya niat buat aku parah…
Menghenyakku pada ruang terdalam….
Menghimpitku sehingga terasa hancur tulang belulang…
Hidup yang memujukku… kuat!!! Katanya.

Hidup selalu memegang tanganku…
Pada ketika masa berlalu begitu pantas…
Dan masa meninggalkan aku yang selalu dalam bingung…
Menyebabkan aku hilang punca…
Menyebabkan aku kecewa…
Menyebabkan segalanya tinggal sisa…
Hidup yang memujukku…hebat!!! Katanya.

Hidup…
sebuah jalan takdir dan ketetapan…
takdir terindah…
selayaknya aku bersyukur…
pada kehidupan yang menuju destinasi ini…

JPII

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Aku (Komsas Tingkatan 1) Lagu Puisi

Diari Hati Seorang Guru (UPSI)

Keindahan Yang hilang (lagu Puisi)