PAGI YANG SEDERHANA







Pagi ini tercipta dengan seribu keindahan dan kenyamanan…

Bersama embun yang menyinar di hujung rerumputan…
Bersama hawa memberi dingin selesa…
Bersama kemunculan matahari menghangat sukma…
Terasa kehadiran pagi ini…
Membawa pengertian terlalu dalam…
Yang selalu umat manusia lepaskan…

Pagi ini menjelma dengan asyik yang sederhana…
Membawa rasa syukur dan senang terhadap kemenjadiannya…
Membawa kepercayaan utuh pada zat yang kuasa…
Mentadbir alam dengan sungguh bijaksana…

Aku menjalani hari ini…
Dengan penuh keindahan dan kenyamanan…
Dengan asyik yang sederhana…
Selamat pagi :)




Comments

Popular posts from this blog

Sajak Aku (Komsas Tingkatan 1) Lagu Puisi

Diari Hati Seorang Guru (UPSI)

Keindahan Yang hilang (lagu Puisi)